Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya;
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)
Keterangan :
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
Memaparkan catatan dengan label catatan. Papar semua catatan

Isnin, 19 April 2010
Khamis, 8 April 2010
Nasihat Saiyidina Ali r.a
Sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.
1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
5. Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu
10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang
11.Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam
12.Mengajar adalah belajar
13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin
14.Insan terbahagi kepada 3 :
a) Mereka yang mengenal Allah
b) Mereka yang mencari kebenaran
c) Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing
15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah
16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain
18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya
19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati
20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas
22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya
23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta
24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya
25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya
26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran
28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa
30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan
31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan
32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat
33.Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar
34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan
35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah
36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya
37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura
38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan
39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya
37.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Khamis, 11 Februari 2010
Malu Dari Separuh Iman
MALU ITU SEPARUH IMAN. Begitu sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat. Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'
Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan. Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa.
Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat. Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.
Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.
Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.
Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.
Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin.

Selasa, 2 Februari 2010
Bicara Minda Imam Al-Ghazali
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Rabu, 27 Januari 2010
Jahiliyah
Apakah yang dimaksudkan dengan jahiliyah? Adakah istilah Jahiliyah itu digunakan kerana manusia di waktu itu tidak bertamadun? Jahiliah yang dimaksudkan ialah bukan kerana manusia di waktu itu tidak bertamadun, tetapi kerana manusia di waktu itu hidup tidak berpandukan kepada wahyu ilahi, hidup hanya berdasarkan akal semata-mata untuk mengatur dirinya, rumahtangganya, ekonominya, pendidikannya, siasahnya (politiknya), negaranya sehinggalah alam sejagat. Sejarah telah membuktikan bahawa manusia di waktu Rasulullah s.a.w telah berada di tahap yang tinggi tamadunnya. Di waktu itu Rom dan Parsi telah wujud, syair-syair dan sastera dijadikan pertandingan di dalam keramaian, perniagaan dijalinkan di antara
negara-negara Arab dan sebagainya. Kalau pengertian jahiliah adalah yang disebutkan itu, maka suasana Jahiliyah, umat jahiliyah dan orang jahiliah itu boleh wujud pada bila-bila waktu dan zaman, dahulu, sekarang dan akan datang. Umpamanya kalau seseorang individu itu mempercayai adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dan semesta alam, tetapi tidak boleh mencorakkan dirinya dengan peraturan dari Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, maka dia dikatakan "peribadi Jahiliyah". Jahiliah itu boleh wujud pada bila-bila waktu dan zaman, dahulu, sekarang dan akan datang.
Begitu juga sekiranya satu keluarga mempercayai adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi tetapi anggota keluarganya tidak sanggup untuk menerima peraturan dari Tuhan untuk menguruskan rumahnya, maka itu dikatakan keluarga atau rumahtangga Jahiliyah. Seterusnya jikalau satu kawasan dimana penduduknya mempercayai wujudnya Allah tetapi menolak peraturan yang diaturkan oleh Allah, maka kawasan itu dikatakan kawasan Jahiliyah. Dan sekiranya sesebuah negara itu yang rakyatnya mempercayai wujudnya Allah yang menjadikan langit dan bumi, tetapi tidak sanggup menjunjung peraturan Allah maka negara itu diakatakan negara Jahiliyah.
Kalau begitu definasi Jahiliyah, maka apakah ubat yang digunakan oleh Rasulullah untuk menyembuhkan penyakit masyarakat yang ada di waktu itu yang sangat berleluasa dan sangat parah. Penyakit masyarakat yang berlaku di waktu itu sangat kronik sehingga Allah mengutuskan rasulNya untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara terus kepada umatnya.
Firman Allah di dalam surah Al Ahzab, ayat 21 :
"Sesungguhnya pada Rasulullah itu bagi kamu ada ikutan yang amat baik."

Selasa, 26 Januari 2010
iLmu Vs Harta
Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.
Pada satu ketika 10 orang ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlaina tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:
Manakah lebih baik, ilmu atau harta? Saidina Ali dengan cepat menjawab:
Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain.
Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya,sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.
Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.
Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.
Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.
Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetap harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.
Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.
Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.

Rabu, 20 Januari 2010
AD-DAULAH ISLAMIAH
Tidaklah mencukupi kalau hanya kita menjadi muslim pada diri kita sendiri. Kita hanya bertindak sebagai individu muslim yang beribadat kepada Allah (s.w.t), menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti seseorang, kemudian tidak ada lagi yang lain dari itu. Itu belum mencukupi lagi.
Lebih dari itu, Islam kita adalah merangkumi urusan-urusan jemaah (masyarakat). Ia adalah
satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Satu pemerintahan dan perundangan Islam.
Satu daulah dan negara. Islam kita adalah jihad dan satu umat. Inilah fahaman yang benar dan sahih terhadap Islam. Fahaman itulah yang mengajarkan kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan yang meliputi kita. Wajiblah kita menyempurnakan dan melaksanakannya kerana ianya telah diperintahkan oleh Allah (s.w.t). Dengan pelaksanaan itu dapat dibangunkan satu masyarakat manusia berasaskan kaedah-kaedah atau dasar-dasar Islam di dalam segala jurusan; samaada dari segi politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan seterusnya. Kita mestilah memahami bahawa Islam ini mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi. Firman
Allah Taala:
"...sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata." (Al
Baqarah: 193)
Jadi wajiblah kita menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Seorang muslim tidak mungkin boleh hidup sebagai muslim dengan KeIslaman yang sahih dan sempurna kalau dia mengasingkan dirinya dari saudara-saudara muslimin dan tidak memperdulikan segala apa yang terjadi kepada mereka, segala gangguan, sama ada berupa fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t), musuh-musuh Islam, dari berbagai ceruk rantau di muka bumi.
"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka. " (Maksud
Hadith)
Tuntutan dakwah Islamiah di hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh membangunkan Ad Daulah al-Islamiah (pemerintahan Islam) yang melaksanakan syariat Islam. Bertitik tolak dari situlah kita akan membangunkan kembali Al Khilafatul Islamiah (pemerintahan Islam sejagat). Al Khilafatul Islamiah itu dahulunya telah ditipu dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.
Betapa besarnya bahaya dan bencana yang telah menimpa umat Islam pada hari ini. Perpecahan di kalangan umat Islam, serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t) sama ada dari luar atau dari dalam, fitnah-fitnah terhadap muslimin yang bertujuan merosakkan akidah muslimin, masjid-masjid muslimin yang dirosakkan, kehormatan wanita mereka yang dicabul, harta kekayaan dan bumi mereka telah dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk menurut kemahuan mereka. Ini semua adalah akibat dari tidak adanya Ad Daulah Islamiah. Hanya AdDaulah Islamiah sahajalah yang mampu menyerang balas segala anasir jahat musuh-musuh Islam itu.
Ad-Daulah-Islamiah yang mampu menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan ajaran Islam serta menegakkan syariat Islam di selurnh dunia. Perlu juga dijelaskan bahawa mas'uliah atau tanggungjawab mendirikan Ad Daulah Islamiah bukan sahaja terhad di kalangan Al Umara' dan Al Ulama (pemerintah dan ulama). Tanggungjawab ini hendaklah dipikul bersama. Wajib dipikul oleh setiap muslimin laki-laki dan perempuan yang sedang berada di dalam zaman ini, di zaman kebangkitan Islam, di zaman kebangkitan Dakwah Islam. Sesungguhnya seluruh muslimin di mana jua pun mereka berada, akan menanggung dosa besar apabila mereka tidak berusaha dan tidak bekerja untuk membangunkan Ad Daulah Islamiah.

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI
1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunanaikan haknya.
2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.
3.Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat
persediaan untuk selepas kamu mati.
8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu,tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya
10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.
nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.
Sabda Nabi s.a.w :
" Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai.
Tetapi jadilah kamu air bah, nengubah , dunia dengan amalmu ".
Dari Auf bin Malik r.a. katanya : " RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat,sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya;basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia kedalom syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin,hendaknya mayat itu saya."

10 peringatan bumi kepada isinya
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan
keindahan dunia yang
hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa
berkata-kata dengan
manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan
leka.
Berkata Anas Bin Malik r.a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia
dengan sepuluh
perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku,
tetapi ingatlah!
Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi
ingatlah!
Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah!
Engkau akan
menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi
ingatlah! Engkau
akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi
ingatlah!
Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,
tetapi
ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam
perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan
dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,
tetapi ingatlah!
Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan
dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,
bulan dan
bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan
tinggal dalam
kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,
tetapi ingatlah!
Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Rabu, 6 Januari 2010
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Salam perjuangan
assalammualaikum........ salam taaruf.....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala puji dan puja bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam kepada Rasulullah
s.a.w. utusan Allah yang diutuskan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar, jalan
menuju keredaan Allah s.w.t. Matlamat membimbing manusia untuk menyembah Allah dan tunduk kepada agama ini mewajibkan kita untuk memahami terlebih dahulu hakikat agama ini. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani telah menurunkan suatu manhaj kepada manusia supaya menjadi landasan dalam hidup mereka. Manhaj ini perlu diterapkan ke dalam hidup manusia supaya kehidupan manusia selari dengan fitrah dan selari dengan perjalanan alam ini. Dengan ini lahirlah suatu kehidupan yang harmoni di mana seluruh manusia dan alam ini berada di dalam suatu haluan menuju keredaan Allah.

Langgan:
Catatan (Atom)