Rabu, 27 Januari 2010

Jahiliyah

Apakah yang dimaksudkan dengan jahiliyah? Adakah istilah Jahiliyah itu digunakan kerana manusia di waktu itu tidak bertamadun? Jahiliah yang dimaksudkan ialah bukan kerana manusia di waktu itu tidak bertamadun, tetapi kerana manusia di waktu itu hidup tidak berpandukan kepada wahyu ilahi, hidup hanya berdasarkan akal semata-mata untuk mengatur dirinya, rumahtangganya, ekonominya, pendidikannya, siasahnya (politiknya), negaranya sehinggalah alam sejagat. Sejarah telah membuktikan bahawa manusia di waktu Rasulullah s.a.w telah berada di tahap yang tinggi tamadunnya. Di waktu itu Rom dan Parsi telah wujud, syair-syair dan sastera dijadikan pertandingan di dalam keramaian, perniagaan dijalinkan di antara
negara-negara Arab dan sebagainya. Kalau pengertian jahiliah adalah yang disebutkan itu, maka suasana Jahiliyah, umat jahiliyah dan orang jahiliah itu boleh wujud pada bila-bila waktu dan zaman, dahulu, sekarang dan akan datang. Umpamanya kalau seseorang individu itu mempercayai adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dan semesta alam, tetapi tidak boleh mencorakkan dirinya dengan peraturan dari Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, maka dia dikatakan "peribadi Jahiliyah". Jahiliah itu boleh wujud pada bila-bila waktu dan zaman, dahulu, sekarang dan akan datang.

Begitu juga sekiranya satu keluarga mempercayai adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi tetapi anggota keluarganya tidak sanggup untuk menerima peraturan dari Tuhan untuk menguruskan rumahnya, maka itu dikatakan keluarga atau rumahtangga Jahiliyah. Seterusnya jikalau satu kawasan dimana penduduknya mempercayai wujudnya Allah tetapi menolak peraturan yang diaturkan oleh Allah, maka kawasan itu dikatakan kawasan Jahiliyah. Dan sekiranya sesebuah negara itu yang rakyatnya mempercayai wujudnya Allah yang menjadikan langit dan bumi, tetapi tidak sanggup menjunjung peraturan Allah maka negara itu diakatakan negara Jahiliyah.

Kalau begitu definasi Jahiliyah, maka apakah ubat yang digunakan oleh Rasulullah untuk menyembuhkan penyakit masyarakat yang ada di waktu itu yang sangat berleluasa dan sangat parah. Penyakit masyarakat yang berlaku di waktu itu sangat kronik sehingga Allah mengutuskan rasulNya untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara terus kepada umatnya.

Firman Allah di dalam surah Al Ahzab, ayat 21 :
"Sesungguhnya pada Rasulullah itu bagi kamu ada ikutan yang amat baik."

Selasa, 26 Januari 2010

iLmu Vs Harta

Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.

Pada satu ketika 10 orang ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlaina tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

Manakah lebih baik, ilmu atau harta? Saidina Ali dengan cepat menjawab:

Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya,sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.

Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.

Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.

Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetap harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.

Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.

Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.

Rabu, 20 Januari 2010

AD-DAULAH ISLAMIAH

Tidaklah mencukupi kalau hanya kita menjadi muslim pada diri kita sendiri. Kita hanya bertindak sebagai individu muslim yang beribadat kepada Allah (s.w.t), menghiasi dirinya dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti seseorang, kemudian tidak ada lagi yang lain dari itu. Itu belum mencukupi lagi.

Lebih dari itu, Islam kita adalah merangkumi urusan-urusan jemaah (masyarakat). Ia adalah
satu-satunya sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Satu pemerintahan dan perundangan Islam.

Satu daulah dan negara. Islam kita adalah jihad dan satu umat. Inilah fahaman yang benar dan sahih terhadap Islam. Fahaman itulah yang mengajarkan kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan yang meliputi kita. Wajiblah kita menyempurnakan dan melaksanakannya kerana ianya telah diperintahkan oleh Allah (s.w.t). Dengan pelaksanaan itu dapat dibangunkan satu masyarakat manusia berasaskan kaedah-kaedah atau dasar-dasar Islam di dalam segala jurusan; samaada dari segi politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan seterusnya. Kita mestilah memahami bahawa Islam ini mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi. Firman
Allah Taala:

"...sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata." (Al
Baqarah: 193)

Jadi wajiblah kita menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Seorang muslim tidak mungkin boleh hidup sebagai muslim dengan KeIslaman yang sahih dan sempurna kalau dia mengasingkan dirinya dari saudara-saudara muslimin dan tidak memperdulikan segala apa yang terjadi kepada mereka, segala gangguan, sama ada berupa fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t), musuh-musuh Islam, dari berbagai ceruk rantau di muka bumi.

"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka. " (Maksud
Hadith)

Tuntutan dakwah Islamiah di hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh membangunkan Ad Daulah al-Islamiah (pemerintahan Islam) yang melaksanakan syariat Islam. Bertitik tolak dari situlah kita akan membangunkan kembali Al Khilafatul Islamiah (pemerintahan Islam sejagat). Al Khilafatul Islamiah itu dahulunya telah ditipu dan dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.

Betapa besarnya bahaya dan bencana yang telah menimpa umat Islam pada hari ini. Perpecahan di kalangan umat Islam, serangan dari musuh-musuh Allah (s.w.t) sama ada dari luar atau dari dalam, fitnah-fitnah terhadap muslimin yang bertujuan merosakkan akidah muslimin, masjid-masjid muslimin yang dirosakkan, kehormatan wanita mereka yang dicabul, harta kekayaan dan bumi mereka telah dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk menurut kemahuan mereka. Ini semua adalah akibat dari tidak adanya Ad Daulah Islamiah. Hanya AdDaulah Islamiah sahajalah yang mampu menyerang balas segala anasir jahat musuh-musuh Islam itu.

Ad-Daulah-Islamiah yang mampu menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan ajaran Islam serta menegakkan syariat Islam di selurnh dunia. Perlu juga dijelaskan bahawa mas'uliah atau tanggungjawab mendirikan Ad Daulah Islamiah bukan sahaja terhad di kalangan Al Umara' dan Al Ulama (pemerintah dan ulama). Tanggungjawab ini hendaklah dipikul bersama. Wajib dipikul oleh setiap muslimin laki-laki dan perempuan yang sedang berada di dalam zaman ini, di zaman kebangkitan Islam, di zaman kebangkitan Dakwah Islam. Sesungguhnya seluruh muslimin di mana jua pun mereka berada, akan menanggung dosa besar apabila mereka tidak berusaha dan tidak bekerja untuk membangunkan Ad Daulah Islamiah.

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI

1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak nenunanaikan haknya.

2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.

3.Kamu kata cinta kepada Rasululhah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya

4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.

5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya

6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.

7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat
persediaan untuk selepas kamu mati.

8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu,tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.

9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepadaNya

10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

nasihat oleh seorang wali Allah, Ibrahim Adham.

Sabda Nabi s.a.w :

" Dan janganlah dipilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai.
Tetapi jadilah kamu air bah, nengubah , dunia dengan amalmu ".

Dari Auf bin Malik r.a. katanya : " RasullulLah s.a.w. menyembahyangkan mayat lalu saya hafal sebahagian dari - doa beliau, nengucapkan :" Ya Allah ! Ampunilah dosanya, berilah dia rahmat,sihatkanlah dia: maafkanlah dia, muliakanlah penyambutannya, lapangkanlah tempat masuknya;basuhlah dia dengan air salju , bersihkan dia dari kesalahan, sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran, Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan keluarganya dengan keluarga yang lebih baik dari isteri (suami) dengan isteri (suami) yang lebih baik ! Masukkanlah dia kedalom syurga, dan jauhkanlah dia dari siksaan api neraka ! Kata ' Auf : " Sampai saya ingin,hendaknya mayat itu saya."

10 peringatan bumi kepada isinya

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan
keindahan dunia yang
hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa
berkata-kata dengan
manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan
leka.

Berkata Anas Bin Malik r.a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia
dengan sepuluh
perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku,
tetapi ingatlah!
Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi
ingatlah!
Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah!
Engkau akan
menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi
ingatlah! Engkau
akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi
ingatlah!
Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,
tetapi
ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam
perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan
dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,
tetapi ingatlah!
Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan
dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,
bulan dan
bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan
tinggal dalam
kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,
tetapi ingatlah!
Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Selasa, 12 Januari 2010

Cara Berdakwah Yang Berkesan

Firman Allah yang bermaksud “Serulah manusia kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui mengenai siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dia yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk”.- [al-Nahl :125]

Menerusi ayat di atas Allah mengemukakan terdapat tiga cara berdakwah yang boleh dilakukan.

Pertama,berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut serta menarik berserta bukti yang jelas,kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan keraguan.

Kedua,serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah umat terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap Allah.

Ketiga,berdakwah melalui perbincangan,muzakarah dan dialog dalam suasana yang penuh kemesraan dan harmoni bukan menggunakan kata2 kesat dan keji kerana tujuan perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan mencari kemenangan.

Para pendakwah tidak harus tergesa-gesa dalam menyampaikan dakwah mereka.Mereka harus mengkaji terlebih dahulu golongan sasar mereka kerana setiap golongan masyarakat yang berbeza memerlukan cara yang berlainan.

Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada tiga golongan:

Pertama,orang yang mudah menerima kebenaran dan terus mengikutinya.Inilah orang yang bijaksana.

Kedua,orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu mengamalkan.Mereka perlulah sentiasa dinasihati sehingga mengamalkan.

Ketiga,orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka perlu diajak berbincang dan berdialog secara yang paling baik.

Antara Syarat-syarat untuk menjadi Khalifah (pemimpin).

1. Berpengetahuan tinggi dengan erti yang sebenarnya,bukan berdiploma tinggi, kerana ia akan memimpin dan mentanfizkan segala hukum Allah dan peraturan-peraturan-Nya, baik terhadap rakyat yang beragama, atau orang-orang yang tidak beragama, mahupun terhadap negara. Orang yang tidak mengetahui hukum Allah tentunya tidak dapat menjalankannya dengan sempurna.

2. Adil dengan erti yang luas, bererti menjalankan segala kewajipan dan menjauhi segala larangan serta dapat menjaga kehormatan dirinya. Khalifah selain dia sendiri wajib mentanfizkan hukum, juga berkewajipan mengawasi segala hukum yang dijalankan oleh wali-wali negeri yang diserahinya.

2. Kifayah, ertinya bertanggungjawab, teguh, kuat dan cekap untuk menjalankan pemerintahan, memajukan negara dan agama, sanggup membela keduanya dari segala ancaman musuh.

4. Sejahtera pancaindera dan anggotanya, dari segala yang mengurangkan kekuatan (berfikir atau kekuatan jasmani atau tenaga bekerja).

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu
sebagai ketua sebahagian yang lain. Sesiapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka sebagai
pemimpin, maka sesungguhnya ia jadi golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang yang zalim". (al-Maidah:51)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan (pemimpin Atau ketua) orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahlil kitab yang sebelum kamu dan (jangan kamu jadikan) orang kafir sebagai ketua dan takutlah kepada Allah, jika kamu sungguh-sungguh orang beriman". (al-Maidah : 57)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu ambil sebagai sahabat setia lain daripada golongan kamu; mereka itu tidak henti-hentinya berikhtiar menarik kecelakaan keatas kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka itu, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka itu adalah lebih besar. Kami telah terangkan tanda-tanda kepada kamu, jika kamu (mahu berfikir)". (Ali-Imran : 118)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang kafir itu sebagai ketua (pemimpin); padahal mereka itu bukan dari kalangan Mukminin; apakah kamu mahu mangadakan satu alasan yang nyata bagi Allah buat (menghukum) kamu?". (al-Nisa' : 144)

"Ingatlah! Kamu ini mengasihi mereka itu sedangkan mereka tidak mengasihi kamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran sedang mereka apabila bertemu denganmu mereka berkata: 'Kami beriman', tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari-jari mereka kerana marah bercampur benci kepada kamu. Katakanlah kepada: 'Matilah kamu bersama kemarahanmu itu', Allah mengetahui apa yang terkandung dalam dadamu". (Ali-Imran :119)

"Berilah khabar kepada orang munafiq, iaitu orang yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin - bukan dari kalangan Mukminin. Patutkah mereka mencari kemuliaan daripada mereka itu? Sesungguhnya kemuliaan itu semuanya bagi Allah". (al-Nisa' : 139)

"Allah sekali-kali tidak memberi jalan bagi orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin".
(al-Nisa':141)

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mangambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin, jika mereka memilih kafir daripada iman. Sesiapa mengangkatnya menjadi pemimpin di kalangan kamu, nescaya dia adalah orang yang zalim". (al_Taubah : 23)