Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.
Pada satu ketika 10 orang ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlaina tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:
Manakah lebih baik, ilmu atau harta? Saidina Ali dengan cepat menjawab:
Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain.
Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya,sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.
Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.
Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.
Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.
Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetap harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.
Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.
Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.
Selasa, 26 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan