Rabu, 27 Januari 2010

Jahiliyah

Apakah yang dimaksudkan dengan jahiliyah? Adakah istilah Jahiliyah itu digunakan kerana manusia di waktu itu tidak bertamadun? Jahiliah yang dimaksudkan ialah bukan kerana manusia di waktu itu tidak bertamadun, tetapi kerana manusia di waktu itu hidup tidak berpandukan kepada wahyu ilahi, hidup hanya berdasarkan akal semata-mata untuk mengatur dirinya, rumahtangganya, ekonominya, pendidikannya, siasahnya (politiknya), negaranya sehinggalah alam sejagat. Sejarah telah membuktikan bahawa manusia di waktu Rasulullah s.a.w telah berada di tahap yang tinggi tamadunnya. Di waktu itu Rom dan Parsi telah wujud, syair-syair dan sastera dijadikan pertandingan di dalam keramaian, perniagaan dijalinkan di antara
negara-negara Arab dan sebagainya. Kalau pengertian jahiliah adalah yang disebutkan itu, maka suasana Jahiliyah, umat jahiliyah dan orang jahiliah itu boleh wujud pada bila-bila waktu dan zaman, dahulu, sekarang dan akan datang. Umpamanya kalau seseorang individu itu mempercayai adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dan semesta alam, tetapi tidak boleh mencorakkan dirinya dengan peraturan dari Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, maka dia dikatakan "peribadi Jahiliyah". Jahiliah itu boleh wujud pada bila-bila waktu dan zaman, dahulu, sekarang dan akan datang.

Begitu juga sekiranya satu keluarga mempercayai adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi tetapi anggota keluarganya tidak sanggup untuk menerima peraturan dari Tuhan untuk menguruskan rumahnya, maka itu dikatakan keluarga atau rumahtangga Jahiliyah. Seterusnya jikalau satu kawasan dimana penduduknya mempercayai wujudnya Allah tetapi menolak peraturan yang diaturkan oleh Allah, maka kawasan itu dikatakan kawasan Jahiliyah. Dan sekiranya sesebuah negara itu yang rakyatnya mempercayai wujudnya Allah yang menjadikan langit dan bumi, tetapi tidak sanggup menjunjung peraturan Allah maka negara itu diakatakan negara Jahiliyah.

Kalau begitu definasi Jahiliyah, maka apakah ubat yang digunakan oleh Rasulullah untuk menyembuhkan penyakit masyarakat yang ada di waktu itu yang sangat berleluasa dan sangat parah. Penyakit masyarakat yang berlaku di waktu itu sangat kronik sehingga Allah mengutuskan rasulNya untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara terus kepada umatnya.

Firman Allah di dalam surah Al Ahzab, ayat 21 :
"Sesungguhnya pada Rasulullah itu bagi kamu ada ikutan yang amat baik."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan